Kalendar 2022



Kosmetologi atau Estetika.

Apabila anda berfikir tentang menghadiri Kursus Kecantikan, kemungkinan kosmetologi dan estetika adalah dua program pertama yang terlintas dalam fikiran. Ada sebab yang baik untuk anda berfikir begitu! Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, kerjaya dalam bidang kosmetologi dan estetika telah berkembang merata lebih cepat sejak tahun 2018. Ramai pelajar/peserta kami yang berpotensi tertanya-tanya apa perbezaan antara kosmetologi dan estetika. Walaupun terdapat beberapa persamaan antara apa yang dilakukan oleh ahli kosmetik dan apa yang dilakukan oleh pakar kecantikan, bidang ini sebenarnya sangat berbeza. Tetapkan diri anda sebagai pakar kosmetologi atau pakar estetika bagi menonjolkan kecantikan untuk orang lain. Tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di D'Village Spa Beauty Academy sedia membantu anda mengasah teknik anda dan belajar bagaimana mengubah minat anda menjadi sumber pencarian yang bermanfaat. Temui pelbagai keistimewaan akademi kecantikan kami di Taman Cheng, Baru Melaka, Malaysia hari ini. MELANGKAUI PERMULAAN DENGAN ASAS Lihat apa yang boleh anda lakukan dengan mengikuti kursus kecantikan dari D'Village Spa Beauty Academy. Sama ada matlamat anda adalah memiliki salun atau melakukan rawatan spa di resort, mencari kerjaya dalam bidang kecantikan yang anda gemari semuanya bermula dengan program yang lengkap. Bekerja dengan spa berkualiti tinggi atau produk salun, pelajar perlu memperoleh kemahiran teknikal dan Sijil Pencapaian untuk menjadi seorang profesional berlesen. Anda akan mengikuti kursus di kelas, bekerja pada pelanggan dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak pasti program mana yang harus diikuti, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaannya! Sila baca mengenai KOSMETOLOGI dan ESTETIKA
Hetalia: Axis Powers - Taiwan

Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan Kecantikan. Ingin Menjadi MENTOR KECANTIKAN?



ADAKAH ANDA INGIN MENJADI MENTOR kecantikan? 

REALISASIKAN IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN 

Kehidupan di Dunia Perniagaan bukanlah mudah, tetapi ianya amat berbaloi! Saya diberikan semangat dan sentiasa berusaha ibarat merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Dengan sokongan serta berkat doa dari keluarga, saudara mara serta sahabat handai,  dengan izin Allah SWT, dunia keusahawanan perniagaan kecantikan yang saya lalui benar-benar menakjubkan. Saya mendalami bidang kecantikan pada tahun 1994 dan telah menjadi usahawan sepenuhnya pada tahun 2006 dan sejak itu saya membina perniagaan akademi kecantikan ini agar dapat memberikan peluang yang menakjubkan kepada orang lain.

Kehidupan telah mengajar Saya bahawa tidak kira situasi yang saya hadapi samaada dalam kebaikan atau keburukan itu bukanlah masalah yang besar. Dengan mengalami pelbagai rintangan sepak terajang serta turun dan naik dalam perniagaan, tetapi Saya akui bahawa pengalaman sukar itu telah membuatkan semangat diri semakin dikuatkan tidak kira apa yang saya hadapi dan dapat mengatasinya. Tujuannya adalah SATU... untuk membantu orang lain menjadi usahawan yang berjaya.

Saya telah membantu lebih 3000 usahawan (bakal dan pengusaha)  dalam Industri Kecantikan untuk mengejar impian dan visi mereka agar berkembang dan berjaya. Kini saya memerlukan 12 mentor kecantikan (secara berperingkat) di akademi kecantikan untuk membantu anda yang ingin ubah kehidupan dengan lebih baik, cipta suasana kerja yang ideal, jadi mentor kepada orang lain, bina kenalan dan rangkaian serta beroperasi dengan penuh integriti dalam perniagaan ini. 

Adakah anda yang kami cari?Jangan lepaskan peluang ini? Sila WhatsApp kami di talian


Kelebihan menyertai akademi kecantikan untuk cawangan kami
๐Ÿ“ŒD'Village Spa & Beauty Academy yang telah dikenali sejak tahun 2006
๐Ÿ“ŒPengasas berpengalaman dalam bidang kecantikan lebih 25 tahun (tahun 1994)
๐Ÿ“ŒPengasas telah melahirkan lebih 3000 usahawan kecantikan
๐Ÿ“ŒAkademi Kecantikan berkolaborasi dengan Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, KEMAS, JPW serta agensi kerajaan dan swasta
๐Ÿ“ŒStrategic Partner IBCI_International Beauty Certified Institute (Professional Beauty Industry) 
๐Ÿ“ŒBakal usahawan kecantikan seawal umur 18 tahun yang semakin meningkat menunjukkan minat dalam inndustri kecantikan



Kredibiliti akademi kecantikan kami
๐Ÿ“ŒMemberikan ilmu kemahiran kecantikan dan motivasi kepada peserta
๐Ÿ“ŒMenerapkan ciri-ciri usahawan kecantikan sepenuh masa
๐Ÿ“ŒMemberikan pendedahan dengan strategi berniaga yang berkesan
๐Ÿ“ŒMelahirkan usahawan kecantikan yang berdaya saing serta berani mencuba untuk berniaga secara sampingan
๐Ÿ“ŒMengubah mentaliti usahawan
๐Ÿ“ŒBerniaga dan etika berniaga

Siapa yang patut di pilih?
๐Ÿ“ŒPengusaha Salun
๐Ÿ“ŒWarganegara Malaysia
๐Ÿ“ŒLelaki dan Perempuan
๐Ÿ“ŒMempunyai Sijil Pencapaian, Sijil Kemahiran dalam bidang kecantikan adalah satu kelebihan
๐Ÿ“ŒBoleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dengan baik

Terma dan Syarat HQ D'Village Spa & Beauty Academy
๐Ÿ“ŒBayaran untuk Mentor D'Village Spa Beauty Academy : RM10,000.00
i.   Deposit : RM1,000.00 
ii.  Kemasukan sesi 1 : RM4,000.00
iii. Kemasukan sesi 2 : RM5,000.00

๐Ÿ“ŒLatihan yang diberikan
Jumlah Kredit jam latihan : 93 jam
i. Kursus penuh Guntingan Rambut dan Dandanan Rambut 
ii. Kursus penuh Asas Rawatan Muka

๐Ÿ“ŒMempunyai premis yang sesuai mengikut SOP
๐Ÿ“ŒMempunyai SSM, PBT
๐Ÿ“ŒMempunyai akaun bank semasa (Akaun Syarikat)
๐Ÿ“ŒSemua Harga kursus tertakluk kepada HQ
๐Ÿ“ŒPembayaran kursus perlu melalui akaun HQ D'Village Spa & Beauty Academy  

๐Ÿ“ŒPenjenamaan & Pengiklanan berterusan melalui HQ
i. Yuran tahunan = RM350.00 (perlu dijelaskan setiap 15hb November)

Lain-lain kemudahan yang akan diberikan Khas untuk Mentor Profesional Industri Kecantikan
๐Ÿ“Œ6 unit bunting
๐Ÿ“ŒNota Original (soft copy)
๐Ÿ“ŒBahan pembelajaran akan dikemaskini oleh pihak HQ (Grafik & Copywriting) akan diberikan secara percuma 
๐Ÿ“ŒGaris Panduan Perkhidmatan Kecantikan
๐Ÿ“ŒManual Latihan Teknikal Kecantikan
๐Ÿ“ŒProsedur Operasi Standard
๐Ÿ“ŒKeselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar
๐Ÿ“ŒSanitasi, Pembasmian Kuman dan Pensterilan
๐Ÿ“ŒLaporan Kompetensi
๐Ÿ“ŒSijil Pencapaian Kemahiran Kecantikan

Lain² bahan pembelajaran:-
Pengurusan, Bahan Pemasaran, Marketing Collateral, Menu Rawatan, Kad Perniagaan, Templat Borang Kecantikan









Sertailah bersama kami dalam program 'REZEKI' melalui 'KECANTIKAN'

No comments :



Segala yang tercatat diatas adalah Hak Milik D'Village Spa N Beauty Academy